Port Dickson merupakan destinasi pelancongan terkenal di Malaysia. Kedudukan Port Dickson yang dekat dengan Kuala Lumpur dan lapangan terbang KLIA menjadikan Port Dickson lebih strategik.
PDS Training Camp (PDSTC) yang berada di Port Dickson dan berhampiran dengan Kolej UNITI, menjadikan PDSTC sebagai lokasi pelancongan yang baik. Kedudukan PDSTC diantara 2 sungai dan berhadapan laut dan pantai menjadikan aktiviti riadah luar lebih menarik. Keberadaan Kolej UNITI disebelah PDSTC membuat program team building, seminar, kursus pendidikan sesuai dijalankan.
Team PDSTC yang sangat komited memberi kepuasan dan manfaat kepada pelanggan merupakan antara sebab mengapa anda perlu ke sini.
Logo PDS Training Camp adalah inspirasi dari kedamaian berada di pantai dan melihat suasana dan aktiviti laut, Logo ini sesuai kerana lokasi PDS Training Camp berada berdekatan dengan laut dan pantai.
Lokasi kami berdekatan dengan laut, kami tidak mempunyai bukit untuk hiking tetapi kami mempunyai hutan bakau yang telah diubah suai untuk aktiviti yang lebih menarik.
Flying Fox dibina dengan ketinggian lebih dari 5 tingkat rumah pangsa, ketinggian ini memberi cabaran yang hebat kepada peserta yang takutkan ketinggian.
Aktiviti kayak di sini adalah sangat selamat untuk semua peringkat umur, walaupun begitu langkah keselamatan tetap diutamakan, semua peserta diwajibkan memakai jecket keselamatan.
Kami menyediakan kolam renang untuk kaum lelaki dan perempuan, bagi kaum perempuan kolang renang adalah tetutup dan sangat sesuai untuk muslimah yang gemarkan mandi kolam.